Mari kenali ithink
i-Think bermaksud innovative thinking iaitu pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.
i-Think adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual.
8 bentuk ithink :- klik untuk lebih mengetahui
Semestinya ithink ini mempunyai kekuatan dan kelebihannya. Antaranya
Pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti. Pelajar juga akan berkerjasama dalam menyelesaikan aktiviti serta akan berinteraksi secara aktif dengan bahan (peta pemikiran). ini juga meningkatkan daya imaginasi, keyakinan dan daya ingatan. meningkatkan kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

Ithink membantu dalam
memantapkan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir boleh didefinasikan
sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas,membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kita dapat membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran saya. Contohnya, penggunakan peta
pemikiran ini dalam pembelajaran kita dapat memahami dan meringkaskan
nota yang panjang serta lebih untuk diingat. Ini jelas menunjukkan peta
pemikiran membantu kita dalam menyelesaikan masalah yang pada mulanya
hanya belajar meggunakan nota yang panjang dan sukar untuk difahami. Namun,
selepas menggunakan peta pemikiran ini kita telah menyelesaikan masalah.

manakala bagi kelemahannya hanya sedikit.
–Sukar difahami kerana terlalu ringkas dan pengunaan singkatan bahasa atau
perkataan
–kata kunci yang digunakan tak sesuai
mengakibatkan sukar untuk diingati
–tiada huraian yang jelas
–terlalu panjang dan
kompleks sehingga berserabut dan berselerak
Sebahagiannya juga masalah dari murid dan bukannya peta pemikiran ini kerana murid yang tidak menguasai dan menggunakan peta ithink ini dengan sebetulnya. contohnya murid meletakkan nota terlalu panjang dan kompleks sehingga menyebabkan peta ithink tersebut berserabut dan berselerak. Oleh yang demikian cara penyelesaiannhya ialah, setiap pengguna peta pemikiran ini haruslah mempelajari terlebih dahulu untuk menggunkannya contohnya pelajari peta pemikiran yang mana paling sesuai dengan tajuk yang dipilih. Selain itu, pengguna peta ithink harus menjadikan peta pemikirannya kelihatan lebih menarik. Hal ini kerana nota yang terlalu panjang dan nota yang tidak berkaitan dengan tajuk jika dimasukkan dalam peta pemikiran menjadikan peta ini tidak menarik malah membuatkan pelajar bosan serta tidak fokus dalam kelas.

No comments:
Post a Comment