Thursday, 31 August 2017

I-Think. Peta Pemikiran



Mari kenali ithink 

i-Think bermaksud innovative thinking iaitu pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.

i-Think  adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual. 

8 bentuk ithink :- klik untuk lebih mengetahui 




KEKUATAN PETA ITHINK 


Semestinya ithink ini mempunyai kekuatan dan kelebihannya. Antaranya

Pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti. Pelajar juga akan berkerjasama dalam menyelesaikan aktiviti serta akan berinteraksi secara aktif dengan bahan (peta pemikiran). ini juga meningkatkan daya imaginasi, keyakinan dan daya ingatan. meningkatkan kemahiran berfikir ke aras yang lebih tinggi. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.


Ithink membantu dalam memantapkan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir boleh didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas,membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kita dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam pembelajaran saya. Contohnya, penggunakan peta pemikiran ini dalam pembelajaran kita dapat memahami dan meringkaskan nota yang panjang serta lebih untuk diingat. Ini jelas menunjukkan peta pemikiran membantu kita dalam menyelesaikan masalah  yang pada mulanya hanya belajar meggunakan nota yang panjang dan sukar untuk difahami. Namun, selepas menggunakan peta pemikiran ini kita telah menyelesaikan masalah.

Selain itu, I think telah meningkatkan daya berfikir aras tinggi. Hal ini kerana ithink ini memberi fokus kepada penggunaan peta pemikiran yang sangat membantu dalam pembelajaran. Ini juga secara tidak langsung  telah meningkatkan kemahiran penaakulan dan berupayaan menjawab soalan aras tinggi dengan baik. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Ithink bertindak sebagai kerangka dan akses untuk berfikir. Ithink juga boleh dijadikan alat berfkir, teknik pengajaran dan pembelajran yang berkesan. Peta pemikiran ithink juga membolehkan saya berfikiran kreatif dan berani dan bersedia menggunakan grafik dalam pembelajaran contohnya dalam pembelajaran kita.

Dengan pemataan i-think ini kita mudah untuk mengingati kerana bentuknya yang menarik dan pelbagai mengikut kesesuaian topik. Manakala tulisan dan gamabr yang ringkas di dalam I think ini juga membantu dalam proses pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa ithink juga meningkatkan proses mengingat iaitu proses mengibas atau mengulang semula apa yang telah dipelajari. Setelah menggunakan peta pemikiran ini kita dapat menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran serta menggalakkan pemikiran yang kritis. Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu

manakala bagi kelemahannya hanya sedikit.
–Sukar difahami kerana terlalu ringkas dan pengunaan  singkatan bahasa atau
   perkataan
–kata kunci yang digunakan tak sesuai mengakibatkan sukar untuk diingati
–tiada huraian yang jelas
–terlalu panjang dan kompleks sehingga berserabut dan berselerak

Sebahagiannya juga masalah dari murid dan bukannya peta pemikiran ini kerana murid yang tidak menguasai dan menggunakan peta ithink ini dengan sebetulnya. contohnya murid meletakkan nota terlalu panjang dan kompleks sehingga menyebabkan peta ithink tersebut berserabut dan berselerak. Oleh yang demikian cara penyelesaiannhya ialah, setiap pengguna peta pemikiran ini haruslah mempelajari terlebih dahulu untuk menggunkannya contohnya pelajari peta pemikiran yang mana paling sesuai dengan tajuk yang dipilih. Selain itu, pengguna peta ithink harus menjadikan peta pemikirannya kelihatan lebih menarik. Hal ini kerana nota yang terlalu panjang dan nota yang tidak berkaitan dengan tajuk jika dimasukkan dalam peta pemikiran menjadikan peta ini tidak menarik malah membuatkan pelajar bosan serta tidak fokus dalam kelas. 

oleh yang demikian, ithink ini amat penting untuk pelajar agar dapat meningkatkan minat dan penguasaan pembelajarannya di dalam kelas. 






I-Think. Peta Pemikiran

Mari kenali ithink  i-Think bermaksud innovative thinking iaitu pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membuday...